ANTARA PELANGGAN KAMI

KURSUS PRA PERSARAAN (KEWANGAN)

Kursus Pra Persaraan (kewangan) adalah modul yang sering kali menjadi modul teras dalam kursus pra persaraan atau kursus pencen yang dianjurkan oleh Kementerian/Jabatan kerajaan. Kursus ini akan menjuruskan kepada cara dan peluang pengurusan kewangan berpandukan kepada keupayaan peserta setelah mendapat imbuhan dari skim persaraan yang diperolehi. Imbuhan dari KWSP atau Graduiti hasil perlu dilaburkan di tempat yang betul supaya scammer tidak dapat mengambil peluang untuk menipu bakal pelabur-pelabur ini. Modul ini juga akan menjelaskan secara terperinci tentang pelaburan yang selamat, pelaburan yang mendatangkan pulangan yang maksimum, sistem perbankan di malaysia, jenis perniagaan, peluang-peluang perniagaan dan jenis-jenis scammer yang wujud di malaysia dan cara untuk mengenalpasti dan mengelak dari scammer ini.

Disamping itu juga, peserta-peserta akan di dedahkan mengenai hibah dan wasiat supaya kursus pra persaraan yang disertai ini dapat memberikan pengetahuan yang mantap dan meluas kepada peserta.

SASARAN PESERTA :

Bakal pesara 

 

CADANGAN JANGKA MASA KURSUS 

3 hari 2 malam / 4 hari 3 malam (boleh dimasukan slot lawatan sekiranya perlu)

 

MODUL KURSUS : 

1) S.P.I.C.E.S.F 

2) PENGURUSAN KEWANGAN

3) PENGURUSAN PELABURAN

4) PERLINDUNGAN KEWANGAN & SCAM

5) PERLINDUNGAN PELABURAN (AKTA BAFIA)

6) INVESTMENT CLOCK (MASA TERBAIK UNTUK            MELABUR 

7) FROM ZERO TO MILLION

9) HIBAH & WASIAT

 

KAMI MERUPAKAN PAKAR DALAM MENGENDALI KURSUS PRA PERSARAAN, KURSUS TEAM BUILDING, KURSUS TOTAL DEBT SOLUTION, KURSUS KEWANGAN, KURSUS BUDAYA KERJA CEMERLANG, KURSUS MOTIVASI DAN PSIKOLOGI. DENGAN BERDASARKAN KEPADA PENGALAMAN DAN PENGETAHUAN SELAMA LEBIH 30 TAHUN. KAMI MENJANJIKAN KUALITI DAN HASIL KERJA SERTA CARA PENYAMPAIAN YANG BERKESAN DAN INTERAKTIF KHUSUS UNTUK PARA PELANGGAN KAMI.

KURSUS TEAM BUILDING

Dunia bergerak pantas dan perubahan berlaku terlalu cepat sehingga jika kita terlambat, kita akan ketinggalan. Antara instrumen yang terlibat dalam memastikan dinamika dalam organisasi terus berada di tahap yang maksimum adalah keupayaan membudayakan semangat berpasukan dalam diri setiap entiti yang ada dalam komposisi organisasi itu.

Semangat berpasukan yang kuat memudahkan gerak kerja dalam sebarang aktiviti melibatkan kerjasama antara pengurusan dan kumpulan sokongan sebaliknya semangat berpasukan yang lemah akan menyebabkan gerak kerja organisasi menjadi terbantut.

Setiap individu dalam organisasi harus memainkan peranan dalam memastikan semangat berpasukan menjadi budaya yang mengakar umbi dalam diri. Seterusnya, ia harus dijadikan budaya yang mendasari setiap tindakan yang dilakukan. Pastinya, ia bukanlah tugas mudah

 

SASARAN PESERTA : 

Semua

 

CADANGAN JANGKA MASA KURSUS : 

3 hari 2 malam / 4 hari 3 malam

 

MODUL KURSUS

1) ICE BREAKING

2) ESPRIT DE CORPS

3) LEADERSHIP & FOLLOWERSHIP

4) SELF POTENTIAL

5) HIGHLY EFFECTIVE SKILLS  

6) COMMUNICATION SKILLS

7) ONE DESTINATION

8) SUPERNOVA SPIRIT

9) WE & US

 

 

For any kind of website.

KURSUS PRA PERSARAAN PERKHIDMATAN AWAM

 

Di dalam kursus ini, bakal pesara akan diberikan pendedahan persiapan psikologi ke alam persaraan. Perincian dan penerangan tentang kemudahan-kemudahan yang bakal pesara perolehi sebelum, semasa dan selepas persaraan. Faedah Ganjaran, Pencen, GCR, Perubatan dan  Terbitan (faedah yang diperolehi oleh waris) akan diperjelaskan berserta dengan perkara-perkara yang boleh membatalkan sesuatu faedah persaraan. Di samping itu juga, peserta akan diberikan penjelasan tentang Pengurusan Graduiti, Pencen dan Pelaburan yang menguntungkan kepada bakal pesara. Tip-tip pengurusan “bebas kewangan” (Financial Freedom)  akan diperjelaskan didalam kursus ini. Disamping itu juga peserta akan didedahkan cara mengurus harta pusaka dan wasiat kepada waris. Modul pra persaraan perkhidmatan awam ini lengkap dan amat berguna kepada bakal-bakal pesara kerajaan.

 

SASARAN PESERTA :

Bakal pesara & Pegawai yang menguruskan persaraan di Jabatan

 

CADANGAN JANGKA MASA KURSUS 

3 hari 2 malam / 4 hari 3 malam (boleh dimasukan slot  lawatan sekiranya perlu)

 

MODUL KURSUS : 

1) PSIKOLOGI ALAM PERSARAAN

2) FAEDAH & GANJARAN PERSARAAN

3) FAEDAH TERBITAN & FAEDAH PERUBATAN

4) ISU PEMOTONGAN GANJARAN & GCR

5) PENGURUSAN GRADUITI , PENCEN &                          PELABURAN

6) PENGURUSAN WASIAT DAN HARTA PUSAKA 

 

*Kursus ini amat berguna bagi bakal pesara kerajaan. Terlalu banyak kemudahan dan kemudahan persaraan yang telah disediakan oleh kerajaan namun pesara tidak mengetahuinya.

*SEPANJANG BERKHIDMAT INI ADALAH KURSUS PERTAMA YANG TUAN/PUAN HADIR UNTUK DIRI SENDIRI DAN BUKAN UNTUK JABATAN.

* kursus ini boleh dianjurkan secara dalaman atau ikuti public cource anjuran kami.

 

KURSUS MOTIVASI BUDAYA KERJA CEMERLANG

 

Kehidupan berorganisasi satu budaya yang telah dibentuk bagi menjayakan matlamat penubuhan sesebuah organisasi itu. Sekumpulan individu yang bekerja dalam kumpulan dari berbagai latarbelakang sahsiah diri, cara gaya pengaulan juga personaliti adalah satu gabung jalin bagi membolehkan mereka bekerja dalam satu pasukan untuk mencapai visi dan misi yang sama. Tidak ada istilah bekerja secara sendirian dalam sesebuah organisasi.

Struktur organisasi berbentuk piramid dengan sistem pelaporan berbentuk hiraki memerlukan mereka faham mengenai fungsi dan peranaan masing-masing. Setiap mereka mempunyai potensi diri yang harus dikembangkan sejajar dengan keupayaan dan kebolehan mereka. Sehubungan itu setiap penjawat itu seharusnya dibimbing dan dibentuk mengikut acuan yang diharapkan oleh jabatan dan berperanan  saling melengkapi diantara satu sama lain. ini merupakan cabaran dalam masa kini dan kursus motivasi budaya kerja Malaysia baru adalah penyelesaiannya.

 

SASARAN PESERTA : 

Semua

 

CADANGAN JANGKA MASA KURSUS : 

3 hari 2 malam 

 

MODUL KURSUS

1) ICE BREAKING

2) ORGANISASI, BUDAYA KERJA DAN KONSEP              KECEMERLANGAN

3) PEMIKIRAN DAN TINGKAH LAKU

4) MATLAMAT DIRI & ORGANISASI

5) PENGURUSAN MASA 

6) KOMUNIKASI

7) SINERGI

8) ENAM NILAI DALAM PERKHIDMATAN AWAM

 

KURSUS TOTAL DEBT SOLUTION (TDS)

 

Kursus ini  telah dirangka khas bagi menangani isu pegawai keberhutangan serius di kalangan penjawat awam. Program ini akan dilaksanakan dengan kerjasama Bank Simpanan Nasional (BSN) dan beberapa Institusi Koperasi yang akan membiayai keberhutangan pegawai yang telah dikenalpasti. Ianya bergantung kepada persyaratan dan peraturan yang telah dimeterai khas oleh pihak kami bersama Institusi kewangan yang terlibat bagi membantu pegawai-pegawai yang mengikuti  program ini. 

 

Disamping itu juga, peserta-peserta akan diberikan pendedahan sistem perbankan yang di amalkan di Malaysia. Pendedahan berkaitan pinjaman beserta dengan faedah dan kaedah pengiraan faedah, mempelajari teknik RAHSIA yang boleh membantu bagi menyusun dan penstrukturan semula pinjaman sedia ada agar pembayaran balik ansuran pinjaman dapat dikurangkan dan seterusnya dapat meningkatkan aliran tunai. Selain itu peserta-peserta juga akan  mempelajari teknik menyimpan dan melabur wang agar masalah keberhutangan serius ini tidak berulang kembali kepada pegawai di masa depan.

 

SASARAN PESERTA : 

Semua

 

CADANGAN JANGKA MASA KURSUS : 

3 hari 2 malam 

 

MODUL KURSUS

1) PERBANKAN & SISTEM PINJAMAN

2) FAEDAH DAN REBAT PINJAMAN

3) PENSTRUKTURAN & PENYATUAN HUTANG

4) TEKNIK RAHSIA MENGURANGKAN ANSURAN           BULANAN & HUTANG

5) RULES 72 & INVESTMENT CLOCK 

6) KAUNSELING KREDIT INDIVIDU

7) KAUNSELING KREDIT BERDASARKAN KES

 

MODUL INI BERBEZA DENGAN MODUL YANG DITAWARKAN AGENSI KEWANGAN SEDIA ADA. 

*kami menjangkakan peserta akan keluar dari CTOS dan CRISS dalam tempoh enam (6) bulan setelah tamat kursus (bagi yang masih boleh dibantu dengan teori TDS ini)

KURSUS MODUL CUSTOM BERDASARKAN KEPADA PERMINTAAN KEMENTERIAN / JABATAN / AGENSI

 

1) KURSUS TRAIN THE TRAINERS (TOT)

    KESESUAIAN : SEMUA

 

2) KURSUS PERANCANG KEWANGAN &                          KAUNSELING KREDIT 

    KESESUAIAN : PPSI / AKRAB / INTERGRITI

 

3) KURSUS PENSTRUKTURAN KOGNITIF

    DAN TINGKAHLAKU

    KESESUAIAN : SEMUA

 

4) KURSUS PEMBIMBING KEUSAHAWANAN

   KESESUAIAN : CUSTOM

 

5) KURSUS B.O.S.S ( BUSINESS OPPORTUNITY

   SUSTAINABLITY STRATEGY)

   KESESUAIAN : SEMUA

 

6) PROGRAM ANALISIS RANCANGAN PERNIAGAAN 

    KESESUAIAN :  CUSTOM

 

8) KURSUS PENYEDIAAN KERTAS KERJA EFEKTIF

    KESESUAIAN : SEMUA

 

9) KURSUS KECEMERLANGAN PENGUATKUASAAN 

    KESESUAIAN : PENGUATKUASA

 

10) KURSUS PERKHIDMATAN KAUNTER

   KESESUAIAN : KAUNTER PELANGGAN

 

11) KURSUS ANTI STRES

   KESESUAIAN : SEMUA

 

12) KURSUS BIJAK WANG

    KESESUAIAN : SEMUA

 

13) KURSUS KOMUNIKASI

   KESESUAIAN : SEMUA

 

14) KURSUS PENGURUSAN FAIL

   KESESUAIAN : SEMUA

 

15) KURSUS PENGURUSAN MESYUARAT (PKPA)

   KESESUAIAN : SEMUA

 

16) KURSUS PENGURUSAN EMOSI

  KESESUAIAN : SEMUA